Thursday, March 13, 2008

Days of Hesitant Writings: Ku Sangka [kit] Siang.. Rupanya Malam

Days of Hesitant Writings: Ku Sangka [kit] Siang.. Rupanya Malam(see initial report on www.malaysiakini.com) and Malaysia Today.

suddenly i recall that old Kathy Ibrahim song.. I was shocked when I read Malaysiakini, thinking it may have been just misreading LKS, I went to LKS' blog... aiyah LKSiang... so soon dah malam?

please LKS, you may just see at a glance, on the surface, that DAP garnered most seats. Look again, count again.. if not for the Malays voting for DAP in those areas, get real, were there enough Chinese in those areas voting DAP, even if 100% Chinese voted DAP (which was not the case!) could DAP had won??? You do the recount!

In an earlier post, one UMNO member lamented how painful it was to have had to vote for the opposition. cepatnya kena tipu... and there it was.. the many thousands of Malays in Perak now feel cheated. I pleaded before in this post (see below) and I plead again.. please, lets us all be under one flag.. there should not be any argument - PAS, PKR or DAP.

LKS, guess the idiom rings true.. if something sounds too good to be true... it isn't...

Sunday, March 9, 2008

United, Under One Flag

The elections are over. Malaysians have decided.

Many voted, not caring who they voted for, as long as it wasn't BN. Those who never voted any other party before too, those who used to be BN voters too, voted for whatever party available on the ballot paper, aside from BN. Malays voted for DAP, Chinese and Indians voted for PAS. No colour or race was seen or considered, only hopes of many Malaysians.

Well... DAP, PKR and PAS have all paraded their party flags.

Now... it's time for all Malaysians to celebrate our solidarity.

We should all now raise this one flag. For all Malaysians. it is not about any single party. it has all been about us standing as Malaysians.

Yesterday, we were PKR, DAP, PAS and disgruntled Malaysians who before voted for BN as one.

So now, Raise, carry, and parade, only one flag.

Our one flag, our show of unity. Our national flag, our Jalur Gemilang...

It is a time for Merdeka. Malaysians are no longer afraid! Free..

Kembalikan UMNO Kami!!!!

This is an open letter to the people of UMNO.
Initially this was meant for submission to Malaysiakini.com, but as the server was overwhelmed yesterday, it is instead directed here.


Wahai Pemimpin UMNO sedia ada,

Jangan anda menuduh kaum Cina dan India yang menyebabkan kekalahan anda.Jangan berada dalam keadaan “denial”. Tak cukupkah lagi dibuai mimpi?


Anda hairan kenapa peratusan undi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor merosot? Apa yang perlu dihairankan?


Anda menuduh mereka yang tidak keluar mengundi tu, tidak mengundi kerana mengandaikan BN akan menang maka tidak memerlukan undi mereka.
Anda salah. Anda tersasar. Jauh.


Ya. Yang tidak keluar mengundi, kebanyakannya, orang Melayu. Mengapa? Bukan kerana mereka yakin BN menang, tidak. Jauh sama sekali.Mereka tidak keluar mengundi, kerana mereka tidak lagi mahu mengundi UMNO. Namun, mereka, yang terlalu sayangkan UMNO, tidak sampai hati memangkah DAP/PKR. Tetapi mereka tahu, tanpa undi mereka, DAP/PKR malah PAS akan menang, kerana UMNO/BN tiada lagi mendapat undi mereka yang selama ini telah memastikan kemenangan UMNO/BN.


Mengapa?Kerana pimpinan UMNO kini, telah mengecewakan mereka. Suara mereka tak dipedulikan dalam UMNO. Maka mengapa perlu mereka bersuara, mengundi orang yang selama 3 tahun kebelakangan ini, memperkecil-kecilkan suara dan harapan mereka?


Itu lah hakikat.Yang keluar mengundi, ribuan, jika tidak ratusan ribu, telah mengundi dengan hati yang sayu. Mereka terpaksa memangkah pembangkang. Mereka tiada pilihan. Tidak kiralah, DAP/PKR/PAS, malah parti unta pun akan dipangkah, itulah realiti. Asalkan bukan BN.

Bukan kerana bencikan UMNO, parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu, tetapi kerana kecewa dengan kepimpinan UMNO sedia ada. Yang terlalu bongkak, terlalu riak.Kami orang Islam. Orang Melayu yang mendokong adat, budaya, dan kesusilaaan. Orang Islam, orang Melayu yang dididik membenci sikap-sikap angkuh, bongkak dan riak.Ini terbukti, di Kedah, Perak dan Selangor. Malah di Johor, keramat UMNO, dan Negeri Sembilan.


Ya. Anda, pemimpin UMNO sedia ada, yang masih riak mengatakan, kami penderhaka. Yang menuduh, kami berpaling tadah. Kerana anda masih sebal, tebal dan tepu dengan kebongkakan anda.


Kerana anda sekalian, UMNO, parti yang selama ini memartabatkan negara bersama BN, menjadi parti yang paling dibenci semua. Parti yang melahirkan pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, yang menjadi kebanggaan rakyat jelata, menjadi parti dihina, dikeji.Kerana kamu, UMNO dihina!!!! Kerana kamu, rakyat hilang patriotisme, kecintaan, penyatuan.Walhal, yang merosakkan, seorang dua. Orang Melayu yang tidak bersalah, dibenci oleh kaum lain. Hanya kerana kamu.


Insaflah. Taubatlah.Kami sayangkan UMNO. Tapi kami tidak dapat kembali selagi pucuk pimpinan masih sebegini. Pergilah kamu yang beberapa itu. Biarlah kami kembali kepada UMNO. Kami sayangkan parti. Kalau anda sayangkan UMNo, pergilah.Usah tunggu pilihanraya UMNO, undurlah secara baik.


Kami orang Melayu, kami mengangkat adat budaya. Kami tidak kurang ajar. Kami meminta secara baik dan ikhlas. Kami bukan macam anda, menghina orang yang telah berjasa kepada negara. Kamu bersalah besar, kerana kami nama-nama pemimpin kemerdekaan, pejuang negara terdahulu turut terpalit. Parti menjadi mangsa.


Kembalikan UMNO kepada kami. Secara baik. Secara berbudi bahasa. Itupun kalau kamu masih ingat lagi, masih mengerti apa maknanya semua itu.
Kami telah menyentak anda sekali ini. Jangan nanti terkena pukulan kedua kami.


Yang benar,


Pencinta Negara Merdeka